Refinance rumah / cash-out
Semak sama ada kemudahan hartanah sedia ada boleh refinance atau disusun semula dengan pembiayaan tambahan selepas redemption dan kos.
Kalau anda sudah ada rumah, condo, shoplot, kilang atau hartanah lain, kita boleh semak dahulu anggaran nilai pasaran, baki pinjaman, komitmen dan jumlah cash yang diperlukan.
Semak sama ada kemudahan hartanah sedia ada boleh refinance atau disusun semula dengan pembiayaan tambahan selepas redemption dan kos.
Jika jumlah yang diperlukan besar dan anda ada hartanah yang sesuai, bandingkan pilihan bercagar dengan personal loan tanpa cagaran sebelum membuat keputusan.
Dalam kes yang sesuai, refinance hartanah boleh dipertimbangkan bersama penyatuan hutang atau perancangan cash flow. Jumlah kos, tenure dan risiko hartanah tetap perlu dikira.
Dasar Pembiayaan Peribadi Bank Negara Malaysia menetapkan keperluan tertentu untuk pembiayaan kegunaan peribadi, termasuk jangkaan tempoh maksimum 10 tahun bagi pembiayaan di bawah produk pembiayaan rumah atau yang bercagar dengan hartanah tanpa beban untuk kegunaan peribadi. Struktur sebenar bergantung pada tujuan dan produk, jadi tenure tidak patut dijanjikan sebelum bank/pemberi pembiayaan menyemak kes.
Mungkin boleh, tertakluk kepada hartanah, tujuan dana, valuation, kelayakan peminjam dan syarat bank atau pemberi pembiayaan. Rumah habis bayar tidak menjamin jumlah tertentu.
Tiada satu peratus yang sesuai untuk semua kes. Jumlah bergantung pada valuation, baki pinjaman, margin yang dibenarkan, kemampuan bayar, kos dan tujuan dana.
Tidak semestinya. Pembiayaan bercagar mungkin mempunyai struktur kadar atau jumlah yang berbeza tetapi melibatkan valuation, kos guaman, proses dan hartanah sebagai cagaran.
Ada laluan pembiayaan/refinance untuk hartanah komersial dan industri, tetapi syarat bank, struktur peminjam, kegunaan hartanah dan valuation berbeza daripada rumah kediaman.
Hantar lokasi, jenis hartanah, anggaran nilai, baki loan, jumlah cash dan tujuan. Saya akan susun bahagian hartanah dahulu dan lihat laluan mana yang patut diperiksa.
Jayden Ng ialah Johor Property Advisor / REN, bukan bank dan tidak menjamin kelulusan, jumlah cash-out, kadar atau tenure. Keputusan akhir tertakluk kepada bank/pemberi pembiayaan, valuation, dokumen undang-undang dan penilaian kredit.